<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8356477804335837914\x26blogName\x3dNana+MIO+want+to+share+her+story\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nanamio.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nanamio.blogspot.com/\x26vt\x3d-1724940637055692860', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ONLY EXPECTION;
SPEECH
DIRECTOR
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
satu persatu
Jul 10, 20141:20 PM


Satu-persatu....
HATI berkata: "Inikah yang dikatakan bukan jodoh kita? Atau ini dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap kesabaran kita? Cinta pada mulanya memang indah, bahagia. Tapi bila lama-lama kita kenal antara satu sama lain, kita baru kenal dengan siapa kita bercinta. Tak semua hubungan itu INDAH, dan tak semua hubungan itu SENGSARA. Masing-masing mula tunjuk siapa diri mereka yang sebenar. Bila salah seorang itu hancurkan KEPERCAYAAN dalam hubungan, ia akan jadi tak seindah dulu yang pertama kali kita kenal.

Kadang-kadang fikir, kalau kita ikutkan PERASAAN sangat kita akan menyesal kelak. Bila kita ikut HATI, mati? Mana satu kita nak kena ikut???? Cinta sebenar tak semudah macam drama TV. Memang JODOH tu takdir yang menentukan. Tapi kita boleh mengubah TAKDIR tu, itu semua ikut pada diri kita, antara nak BERUBAH atau SETIA menunggu sedangkan HATI dah banyak kali TERLUKA dengan HINAAN, MAKIAN, CACIAN, KUTUKAN.

KESILAPAN dulu, akan menjadi iktibar dalam hubungan. Sampai bila-bila KESILAPAN silam yang kita pernah lakukan tu akan di sebut-sebut, di ungkit-ungkit. Memang hidup ni hanya SEKALI, tapi SEMUA MANUSIA buat kesilapan. Apa salahnya bagi PELUANG untuk perbetulkan? Kita manusia biasa, tak semua manusia sempurna. Jika Nabi Muhammad S.A.W boleh mengampunkan umatnya, kenapa tak kita? Munusia tak lepas dari melakukan kesilapan.

Ya Tuhan, aku amat berterima kasih dan bersyukur sebab kau kurniakan aku sebuah HATI yang KUAT, SABAR, KENTAL. Aku bersyukur pada mu ya ALLAH... Mungkin ini memang takdir yang ditentukan-Mu ya Allah... Aku redha apa yang terjadi dalam kehidupan aku, karna Kau lagi Maha Berkuasa dan Berhak atas segala yang terjadi.

Kadang-kadang...
Kita tahu SILAP kita, tapi tak semua orang boleh maafkan kita macam tu je. Kadang-kadang kita TAK SEDAR apa yang kita lakukan itu buat dia sakit hati dengan perangai kita. Kita tak sedar kita dah LUKAKAN hati orang yang kita sayang. Dan akhirnya kita tak sedar yang dia dah TAWAR HATI dengan kita. Bila sampai PENGHUJUNG cerita cinta, mula lah kita rasa MENYESAL dengan apa yang kita lakukan tu. Mulalah kita nak PUJUK dia semata-mata sayangkan hubungan yang dah lama dibina. Tapi itu semua dah TERLAMBAT, kalau hati dah tawar memang tak kan ada peluang lagi untuk di perbetulkan.

TERINGAT SAAT ITU...
" Masa tu aku sanggupp datang Melaka untuk jumpa dengan dia, aku drive sorang-sorang pagi-pagi dengan harapan aku dapat jumpa dia, walau jumpa tu hanya sekejap. Padahal malam semalam sebelum aku gerak Melaka tu, aku bergaduh dengan dia, dia tak kasi aku datang sana. Tapi aku nekad, buat pertama kalinya aku drive sejauh tu sorang-sorang.

Mulut aku tak lepas tak berhenti berdoa untuk Tuhan permudahankan perjalanan aku haritu. Meter cecah 140 aku tekan. SpeedTrack semua aku langgar. Hati berdebar, perasaan takut tu memang ada. Tapi aku sayangkan dia, aku sanggup buat apa je janji dapat jumpa dia. Lagi pon minggu lepasnya dia dah datang Johor, jadi aku tunaikan janji aku untuk datang Melaka pulak.

Jam 11 A.M, Alhamdulillah aku sampai, aku call dia banyak kali tak angkat, rupanya masih tidur, aku tunggu dia siap-siap dekat 1jam. Aku sabar, Dia datang naik motor dulu sementara tunggu mum dia pakai kereta hantar adik die pegi tuisyen. Hari tu aku pakai baju colour HITAM, dia datang semula dah siap semua, alangkah happy nye bila dia cakap, "baju ni baru semalam i beli, i tahu u pakai baju colour hitam kan, so i beli jugak lah colour hitam".

Bila aku diam kejap je, dia tanya, "kenapa dia je ni?", sedangkan aku diam aku tak ada apa-apa pon. (tengah makan kan). Sepanjang jalan dengan dia, die pimpin tangan aku tak lepas, terasa kehadiran aku haritu dihargai sangat. Dia belanja aku macam-macam, dia layan karenah aku time nak pilih baju semua. Haritu kiteorang tak berhenti berjalan langsung, sebab dia tahu aku datang sana tak lama, malam aku dah gerak balik. Dia bawak aku jalan-jalan.

Saat tu lah aku rasa aku paling bahagia bila amik gambar dengan dia, sebab aku nampak raut gembira di muka dia. Aku nampak kegembiraan dia, aku nampak...

Tiba masa nya kau nak balik, malam tu... kiteorang bergaduh balik ada sebab nye, dia hanya bergurau tapi aku take it serious. Aku tak pernah nampak dia marah aku sekuat haritu sebelum ni. Aku menangis.. menangis.. Finally, buat kali pertamanya die PUJUK aku. For The First Time die PUJUK AKU. Aku perempuan, semalam aku dengan dia 1Tahun 5Bulan, dia tak pernah pujuk aku. Itu kali pertama.

Dia lap air mata aku, dia peluk aku, dia cium pipi dahi aku, dia cakap, " I janji i tak kan tinggalkan u lagi, i sayang you sangat-sangat..." Sampai sekarang aku teringat apa dia cakap malam tu kat aku. Aku perempuan, perasaan bila dipujuk oleh seorang yang kita sayang tu sangat lah di hargai dan kita akan reda bila time menagis atau marah.
***end***

9JULAI2014.
Kini semua tu hanya tinggal kenangan. 9JULAI2014, semua cerita cinta aku dengan dia berakhir. Bukan aku tak nak pertahankan, tapi aku nampak dia dah penat dengan karenah aku, dia dah penat dengan aku. Tiba masa nya kita buat hal masing-masing.  Sebelum hari pengakhiran tu, tiap malam aku menangis. Kiteorang dah plan minggu depan nak jumpa, nak beli baju raya sam-sama, nak buka puasa sama-sama. Tapi semua tu hanya tinggal janji yang tergantung. Mustahil apa yang kami plan itu menjadi.

Silap aku, aku tak dengar cakap dia, aku buat salah, dan kali ni di atak dapat tahan. Ya aku tahu silap aku, aku tak dengar cakap dia, aku tak ikut cara dia.

Bukan senang nak lupkan orang yang pernah hadir dalam hidup kita, yang pernah buat kita bahagia, gembira, sedih, duka, marah, sengsara, semuanya.... Semua tu akan jadi kenangan... Kenangan yag tak kan aku lupakan. Allah sedang menguji kami. Antara kami kuat atau tidak menempuh dugaan LONG-RELATIONSHIP ini. Teryata aku dan dia tak dapat untuk menempuhinya. Dekat 1buln lebih tak jumpa, akhirnya kami berpisah hanya kata dalam phone.

Aku tak berhenti menangis sepanjang malam, tapi dia tak nampak. Aku menangis, dan menagis. Aku macam tak percaya hubungan yang aku pertahankan selama 1tahun 5bulan ni terpisah macam ni je. Ya Allah, aku lemah dengan dugaan-Mu ya Allah! Aku fikirkan, "apa aku nak buat...." tak ada jawapan untuk soalan aku. Dia tetap tolak aku dalam hidup dia. Aku usaha macam mana pon untuk perbetulkan keadaan, dia tetap tolak aku.

Tak Sempurnya Aku...
Aku tahu aku banyak kekurangan. Aku sabar bila di maki, di cci, di kutuk semua. Aku tahu siapa diri aku. Aku bukan seorang perempuan yag sempurna. Dia tetap tak kan berbalik kat aku. Aku kena terima kenyataan yang dia bukan milik aku. Bukan senang kita nak lepas kan orang yang kita sayang hanya kerana dia dah tak ada hati dekat kita lagi. Aku jujur, aku masih sayang kan dia. aku masih rindukan dia. Tapi nak buat macam mana, aku tak sempurna buat dia. Banyak lagi yang patut aku perbetulkan.

Kerinduan...
Harini yang hari pertama aku hidup tanpa dia. Selalunya kalau aku bangun, aku tengok phone, ada wish morning dari dia, "good morning my dear.. i love you so much! muahhhh...." (ni lah kali terakhir aku dapat wish morning dari dia). Tapi mulai harini tak ada lagi wish morning  dari dia. Kalau sebelum ni Log aku full dengan nama dia, aku call dia. Mulai harini Log aku tak akan ada lagi nama HIM. Phone aku tak akan berdering lagi keluar nama HIM. Aku tak akan dapat lagi text dari HIM. Semuanya tak akan ada lagi... Aku akan rindukannya.... Dan semua tu mustahil akan terjadi....

Tangan yang selalu dipimpin saat bersama, kini tak kan dia pimpin lagi. Dahi ni tak akan dapat ciuman dari dia lagi. Dan, aku tak akan dapat dengar lagi suara dia, gelak ketawa dia. semuanya... aku tak akan dapat dengar lagi...Aku menangis setiap hari macam mana pon, dia tak kan amik tahu lagi pasal aku. Jari yang dulunya di sarungkan cincin emas pemberiannya tu, kini tak kan lagi.

Kalau kat poli, naik bus tu, sebelah aku mesti dia. Sekarang dia tak akan temankan aku lagi. Bila pegi pekan, mesti dia yang temankan, Sekarang tak ada lagi. Dulu makan  malam mesti dengan dia, tapi itu hanya tinggal kenangan. Semua tu tak akan terjadi lagi. Semua tu hanya tinggal kenangan...

Tak kan setiap hari aku nak menangis sebab rindukan dia? Sedangkan dia bahagia tanpa aku. Sedangkan dia gembira dengan melayan yang lain. Tak kan aku tunggu dia lagi? Cukup lah dia orang yang terakhir singgah dalam hati aku ni. Aku akan rindukan dia. Tiap hari aku teringat kan dia, Bila rindu, aku baca balik text aku dengan dia, baca balik whatsapp aku dengan dia, tengok balik gambar aku dengan dia. Tapi tu hanya tinggal kenangan.

Kali terakhir aku jumpa dia, 12JUN2014. Itu kali terakir aku dapat peluk dia, aku dapat cium tangan dia, dapat makan dengan dia, dapat gelak ketawa dengan dia, dan itu lah kali terakhir pertemuan kita..... Kalau dia dapat rasa apa aku rasakan sekarang, aku harap dia juga rindukan aku macam mana aku rindukan dia setiap hari. Aku masih berharap dia akan jadi milik aku semula. Aku masih sayang kan dia! Aku masih sayang kan dia...

Terima Kasih...
Dia banyak mengubah cara hidup aku, terima kasih. Aku tak tahu nak balas jasa dia macam mana. Aku tak kan dapat jumpa dia lagi, Jadi hanya ungkapan terima kasih saja aku dapat ungkapkan. Terima kasih sebab singgah dalam hati aku ini walau hanya dalam waktu yang singkat. Macam-macam rintangan dah kita lalui bersama. Terima kasih atas segala pemberian. Halal kan makan minum, barang yang pernah dia kasi semua. Semoga dia bahagia disamping insan yang baru yang lagi perfect dari aku. Selamat berpuasa, Selamat menyambut HARI RAYA. Aku akan rindukan segalanya tentang dia...

***Assalamualaikum***